Saturday, November 16, 2013

BEKALAN KOMPANG NUSANTARA

BEKALAN KOMPANG NUSANTARA

BOLEH DIBELI SECARA PUKAL@BORONG DAN RUNCIT.

HUBUNGI : 0125073007 (AMINKANDA)

KOMPANG NUSANTARA INDON MADE PEMBEKAL TEMPATAN

Kompang adalah alat muzik tradisional Melayu yang terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dipercayai dibawa masuk oleh pedagang Arab. Pada ketika itu permainan kumpulan alat bunyian amat masyhur dimainkan di dalam upacara marhaban, selawat, berzanji dan sebagainya. Walau berkurun lamanya, kompang tetap menjadi instrument muzik utama dalam keraian, keramaian, perkahwinan dan sambutan kerana ia telah menjadi nadi di dalam budaya masyarakat rumpun Melayu nusantara tidak kira sama ada di Brunei, Malaysia, Singapura mahu pun Indonesia.


BEKALAN BOLEH DIPEROLEHI SECARA BORONG DAN RUNCIT
HUBUNGI : 0125073007 (AMINKANDA)


Secara ringkasnya kompang terhasil gabungan daripada 2 material iaitu kayu dan kulit kambing. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat kompang adalah kayu leban, sena, nangka dan mahogani. Kayu yang dipotong, dilarik menjadi rangka atau bingkai berbentuk bulat yang lebih dikenali sebagai baloh.

Kulit kambing pula adalah menggunakan kambing boer atau jamnapari atau lebih elok jika menggunakan ‘kambing kampung’. Kulit kambing biri-biri tidak digunakan oleh kerana teksturnya yang berminyak menjadikan ia tidak kering. Kulit dikeringkan terlebih dahulu. Setelah dicukur bulunya, kulit di pasang pada baloh dan dijemur sehingga kering.

Kulit di pasang setegang mungkin pada baloh. Kulit dipaku dengan kemas dan tegang menggunakan paku payung berwarna emas, sambil dililit kemas oleh kain baldu yang lazimnya berwarna merah. 



Kompang terdapat dalam pelbagai saiz bermula daripada saiz 6 inci (ukuran mengikut diameter) sehingga ke saiz 15 inci. Kesesuaian penggunaan kompang dilihat bergantung kepada pemain kompang dan juga acara yang akan dilangsungkan. Lazimnya kompang yang digunakan untuk perarakan adalah saiz 11 inci dan ke atas mankala kompang bersaiz kecil digunakan untuk hiasan atau tarian.

DAPAT BEKALAN DARI : 

AMINKANDA (0125073007)

HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN.